bermula kekok...tak pandai
tak selesa...langkah canggung
tak bertari...irama gundah
nak bertanya...siapa?
tak kenal seorang
malu tersipu...takut berlanggar bahu
tak mahu mengundang sengketa
bermula...kena berani
biar bertempat...sopan cara
tak terpanas...takut terbakar
tak tersejuk...takut tak sedar
biar sedang-sedang
Kalau tak bermula
tak berlaku...tak tahu
Wednesday, December 24, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Betul tu. Belum cuba, belum tahu. Sudah tahu, baru mampu melakukannya. Bila mampu, mesti ada kemahuan. Antara tahu, mampu dan mahu, terdapat garis halus yang memisahkan. Hanya mereka yang mampu melihat dengan mata hati akan tahu ganjaran mencuba sesuatu yang belum pasti akan membuahkan hasil. Semoga berjaya. :)
ReplyDelete