Sunday, November 15, 2009

Life

What is life actually? What I am asking is life as we apply it. The actual things we do in a day to day basis. What do we think about? How do we think and our choice of action?
Some may say “I am a family man, all the things I do involved about my family”. That is very nice to the ears as we imagine the day to day activities would be. Is that ideal? May be yes to some, but some may back to differ. They might argue by just simply saying “You wish!”
Yesterday I had a discussion with a friend of mine. We both agreed that as we progress in life, we are more valuable in the market. I mean career wise. Things that we are doing give us more money. Not just that the challenge is getting more and more exciting. We awarded with bigger project that give bigger impact to the society. In short, throughout years of struggle and valuable experience earns, we are here living the dream.
Now the disturbing question comes “When do we say that enough?” Imagine as we about to put our pen down for retirement. The phone ring and another big offer come in, not just with big perks but that contribute to a life achievement. Do we say no? May be we say to our self this is the final one. Like what we have said to last ten offers we accepted.
I try to understand some people I meet that said if they stop working they will die. After a while of personal observation, now I understand. People like this they have been working all their life. Their day in and day out is about work. What they think, they do and their choice is mingling around work. So it very true to them if they stop working they will die. It is simply because work is their life. If no work is no life therefore it means as good as dead.
Does this sound familiar?

Thursday, October 29, 2009

Bored

Hmm…what is boring actually? Is it when a person has nothing to do or just had enough of doing the same old thing?
I think this is a unique feeling that seldom discussed. Lets us look deeper into it. Yes it is a feeling. Normally it is use to express one feeling about the situation they are facing. It can be work related, relationship or surrounding. The worst is when an individual is bored with life itself. Hmm…
Boredom if not treated well it can cost depression. This will later then develop into emotional instability. Finally we can say welcome to insanity! Ha haa…
I believe everyone have experience boredom at certain point of their life. So what do we do about it? As for me sitting down thinking about it will not resolve the problem. Get up and do something. It does not matter what it is yet, just get yourself be occupied. Along the way you will find things that you would love doing.
Good for some people that has found hobby. It is a great way to get you occupied. I am one of those special one that until today have not found any thing that I can call it hobby. I easily get bored with things. I always jump from one hobby to another.
So people like me do many things in life. I never get to be an expert, but I am the jack of all trade. I may be easily bored but I do not stay in that feeling for long. I will jump up and do something else.
So are you bored? Have yourselves a hobby or jump up and into something new! Get up and get moving!

Wednesday, September 16, 2009

Antara

Penghujung Ramadhan

Rasanya baru semalam bersua
Hari ini sudah mula melambai salam

Masih ade yang belum bicara
Masih ada hutang yang belum selesai
Masih ada dosa yang belum terampun
Masih ada pesan belum terucap

Pantas hari berganti
Sesak bersusun agenda
Asyik leka perkara asing
Ah…dulu pun begitu

Rasa mahu mintak ditangguh
Malang, saat tidak tahu berhenti

Tidak seberapa baki yang tinggal
Alang diguna sesempat mungkin

Oh...Ramadhan


Antara



Menjelang Syawal

Lama sudah tak bersua
Rindunya rasa tak terhingga
Bagai bergumpal talian jiwa
Harap terungkai simpulan rasa

Masih teringat kenangan lalu
Bagai semalam baru berlaku
Senyuman riang mengubat rindu
Cahaya indah berlagu syahdu

Tak sabar rasa menunggu hari
Bilakah saat kita bersua lagi
Akan kususun hati nurani
Buat hamparan suci murni

Syawal, kuhitung setiap saat
Moga hadirmu membawa berkat

Monday, August 17, 2009

Gembiranya kelahiran?

Hari itu aku teman kawan beli hadiah harijadi untuk anak kawannya. Satu gerakkan yang menyentuh perasaan. Walaupun anak kepada orang lain dia dengan bersungguh memilih hadiah dan dengan bangga membuat bayaran.
Kelahiran memang menyentuh perasaan. Tidak kira anak siapa pun kita akan tumpang gembira. Gembira menyambut satu jasad baru yang bernyawa. Kita raikan dengan penuh kebahagian.
Mengapa kita begitu ya? Adakah kita bangga kerana ia membuktikan kita mampu melahirkan? Adakah kita seronok melihat satu jasad bernyawa yang comel? Adakah ianya melengkapkan kitaran kehidupan kita? Adakah kerana kita berjaya membawa jasad ke dunia yang indah?
Apekata kita lihat sekitar kita dan merenung kehidupan. Dunia hari ini makin mencabar. Kalau dahulu SPM sudah cukup menjamin tetapi sekarang ijazah pun masih belum tentu. Kalau dahulu ayah pulang pukul 5.30pm tetapi sekarang 10pm. Silap-silap mak pun tidak pulang-pulang. Nyatanya hidup ini indah khabar dari rupa.
Jadi apa yang kita sibuk raikan ini? Adakah kita meraikan seorang lagi ahli baru untuk menyertai kita?
Jangan tersalah tanggapan saya juga meraikannya. Cuma masih bertanya mengapa?

Thursday, August 13, 2009

my number 1

Selamat hari lahir
Seutas jam tangan
Buat tanda ingatan

Agar jadi kenangan
Bukan jenama atau harganya
Tapi makna bersamanya

Saat dunia mengucap salam
Saat tangismu menyapa alam
Saat tawamu menyahut hidup

Saat itulah cinta bersemi

Semoga kau dewasa
Semoga kau menginsan
Semoga kau berbakti

Biar direstui illahi

Selamat hari lahir
You my Number 1.

Wednesday, August 5, 2009

Kita sibuk bergaduh

Kita sibuk bergaduh
Orang lain yang mengaut untung

Apa tidak puas dengan yang ada?
Atau yang ada sudah terlampau banyak sampai hendak diberi kepada orang?

Duduk ditepi jalan minta dipukul
Menyalak suara anjing tetapi mengata orang anjing

Atau sememangnya sudah terjadinya begitu
Asal melawan sudah
Sebabnya tidak penting, janji lawan!

Sukakah melihat orang memerintah?
Bila sudah ditindas, baru hendak sedar
Lantas 13 May berulang lagi

Mahu dicuba darah memercik
Mahu dicuba mayat bergelimpangan
Anak tidak bersekolah
Dapur berasap kosong

Kita memang berani mencuba
Cubalah yang berfaedah

hasil seni

Apalah ertinya kalau setakat dipuja cantiknya. Warna yang terang atau ayat-ayat indah kalau hanya sekadar perhiasan, maka sia-sia sahaja penat lelah penghasilnya membanting tenaga dan menghempas minda.
Biarlah hasil seni memberi makna yang meninggalkan kesan. Ia memberi faedah kepada individu yang melihatnya. Bukan sekadar halua mata.
Biar ada makna yang menggerak minda lantas menggerak usaha.

Wednesday, June 24, 2009

Janji

Seronoknya berjanji, sebabnya bila berjanji kita bayangkan apa yang akan dikotakan. Biasanya yang cantik, menarik, hebat dan indah belaka. Hati yang kecil jadi kembang. Jiwa yang sugul jadi riang. Kalau tadi murung kini tersenyum riang.
Berjanji memang senang, tetapi laksananya tidak semudah yang dibicarakan. Banyak yang hendak diukur dan ditimbang. Takut yang dikejar tidak dapat malah yang dikendung berciciran.
Tidak heranlah ramai yang berjanji, tetapi tidak ramai yang dapat mengotakan. Yang berjanji tidak heran malah berjanji lagi. Yang dijanji kebingungan.
Lantas ape yang hendak dihairan, yang berjanji tidak akan berubah. Yang dijanji perlu sedar supaya tidak berharap.

Tuesday, June 9, 2009

Kamar Mu

semalam kuintai kamar mu
dikau meringkul lena

dicelah lengan mu
ada tujuh bulan
comelnya dia

rapat menyondol belakang mu
ada dua tahun
nakal yang mengasikkan

dihujung kaki mu
ada lapan tahun
bijak dan licik dia

atas sofa
ada tiga belas tahun
sulung jelita yang makin dewasa

semuanya lena tenang
penorama yang biasa
namun tidak gagal menenang

dari celah intaian itu
sebak merangkul jiwa ku
aku syukur

terima kasihnya aku
kamar mu yang jua kamar ku

Monday, June 1, 2009

barang baru

Mencuba benda baru memang mengasyikkan
Tambah pulak yang dah lama ditunggu baru dapat.
Mulanya dibilik depan belakang,luar dan dalam.
Usik sana sini.Tekan mana yang boleh.

Sunday, May 10, 2009

Ibu Rindunya Aku.

Semalam aku bermimpi lagi
Dia datang tersenyum
Seperti selalu senyuman yang paling manis

Semalam aku bermimpi lagi
Dia datang memelukku
Seperti selalu pelukkan yang paling menenangkan

Semalam aku bermimpi lagi
Dia datang mendodoiku
Seperti selalu suaranya selunak perindu

Ahhh…rindunya aku
Pada belaian kasih sayangnya
Hari ini akan aku dapatkan dia…

Akan kuberi senyuman manisku
Akan kupeluk dia lama lama
Akan kunyanyikan lagu rinduku…

Walaupun tak seberapa mampuku
Mungkin itu pengubat rinduku…

Kalau sempat…???

Tuesday, April 28, 2009

mati lagi

Kematian bukanlah satu penghabisan, tetapi satu proses perpindahan dari yang nyata kepada yang ghaib. Jasad ditinggalkan oleh roh. Ramai yang bertangis berbagai sebab. Selalunya ada pengalaman lalu yang tersingkap. Namun ape yang hendak dihairankan, kita semua akan mati juga akhirnya. Mungkin kita berpisah seketika, insyaallah bertemu semula. Berdoalah.
Hidupkan mencari doa. Doa orang dari teman dan dari keluarga, kesimpulannya doa dari orang yang sayang. Lebih ramai orang sayang maka lebih banyaklah doanya. Oleh itu jangan buat musuh tetapi biar ramai kawan. Jangan lupa doa yang paling penting doa dari diri sendiri.
Saya temui teman beberapa hari lalu, katanya "Jasad akan mati. Roh terus hidup. Namun kita sibuk memebesarkan jasad yang sementara. Kita lupa pada roh." Katanya lagi "Makanan roh itu adalah doa".
Ape hendak dihairankan kalau mati. Berdoalah!

Friday, April 17, 2009

pencarian

Namanyapun mencari
Jarang yang jumpa

Kalau jumpa
Tempatnya tak disangka

Ada yang mencari
Sampai sudah tak jumpa

Hilang katanya

Wednesday, March 4, 2009

Siapa

Berdiri aku tegap
mendongak ke langit
Menujah angkasa...bangga..

Berdiri ....aku tidak sedar diri

Semakin kurenung langit
semakin sayup tingginya
semakin jauh aku hilang arahnya

Lantas aku duduk
bersimpuh kaki...tangan menyentuh bumi
aku lihat tanahku...baru kutahu dimana aku

Duduk...aku sedar diri

Semakin kurenung tanahku
semakin luas pandanganku
semakin jelas duniaku

Terus aku sujud...

Biar tubuhku dirangkul bumi...
Namun jiwaku terbang tinggi...Besarnya IIahi.

kabur

Berdiri dibalik kabut
Keliru antara yang suram
Sinar yang kejauhan
Ruang yang tak terduga

Mana...?

Friday, February 20, 2009

kawan lama

Semalam kawan lama SMS "Kanapa tak datang reunion". Hatiku bertanya "Siapa lah pulak ni?". Nombornya tidak kukenal. Lalu jawabku "Me in JB". Dia balas "JB bukanlah jauh sangat". Hatiku mula rasa bengang bila ada orang yang mempersoalkan jawapanku. Lantas aku hubungi nombor itu. Sertamerta jawabnya "Tomoooo...". Suaranya kecil, sedikit nyaring dan manja. Macam aku kenal, tetapi wajahnya tidak dapat kupadankan. Kami berborak kurang lebih lima minit.
Dalam masa yang sesingkat itu banyak yang ditanya dan banyak yang cuba dijawab. Maklumlah lama tidak berjumpa, lebih kurang 12 tahun. Setiap minit bicara kami, wajahnya makin jelas dalam gambaran. Susuk tubuhnya aku padankan juga. Akhirnya semuanya jelas, dari hanya suara kini dia berdiri dan mundar-mandir di mata gambaranku. Orangnya tidak tinggi, empat kaki sembilan rasanya. Dia bertubuh sederhana. Bergaya. Memang manja.
Namun gambaranku berdasarkan pengalaman yang sudah12 tahun berlalu. Katanya kini sudah berrumahtangga. Sedikit rendah diri dalam suaranya bila bicara sudah beranak dua. Mungkin penampilannya kini sudah tidak seperti dulu. Aku cepat-cepat menukar tajuk cerita.
Rupanya kami tidak jauh dari tempat bekerja. Bicara pula pasal apa kerjanya dan bagaimana. Sedikit bosan bila perkaranya teknikal dan fakta. Itu tandanya kami kehabisan idea. Mungkin dalam talifon kurang menarik, bersuara sahaja tanpa riak muka dan gerak anggota. Lagipun aku punya kerja yang mahu diselesaikan dan dia katanya sedang bergegas kerumah adiknya. Kami akhiri bicara dengan ucap selamat dan berjanji akan berhubung lagi.
Sebaik panggilan kutamatkan aku senyum sendiri. Bicara yang bermula dengan rasa bengang akhirnya diwarnai kenangan lama. Tebayang saat indah masa lampau. Bagai filem lama, bukan sahaja dia tetapi watak watak tambahan yang menyerikan suasana. Terasa bahagian mindaku yang lama diperuk kini bertenaga semula. Anehnya, mungkin kenangan lama buat kita rasa bernyawa.
Aku terima kasih pada dia yang sudi bicara.

Thursday, February 19, 2009

plastin

menangis dirangka pintu
rumah yang reban dilanda penyangak
semalam dihujan peluru
guruh berbentum ramai yang mati
ayah yang mencari isteri
ibu yang hilang anak
dibalik debu yang berasap
celakalah mereka
sial betul

tahukah kau rasanya

tatkala bulan redup di balik awan
bila dingin malam menyapa liang roma
suara angin membelai helaian daun nyior
ketika itu sundalmalam semerbak mengharum

saat itu dadaku sebak
bergolak ombak rasa jiwa
pedihnya rindu...

Thursday, February 5, 2009

Perpisahan yang terakhir

Seminggu lalu aku dikejutkan oleh berita seorang teman terlibat dengan kemalangan. Beliau dalam perjalanan pulang dari pejabat. Ceritanya beliau tidak sihat hari itu dan telah mengambil ubat batuk sebelum pulang. Kereta beliau telah merempuh pembahagi jalan dan beliau tercampak keluar dari kereta. Polis dapati tiada kesan brek pada jalan.
Genab seminggu dari hari kejadian, setelah bertahan di wad kecemasan beliau akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir. Tinggallah seorang isteri meratap perpisahan. Si comel yang empat tahun merenung jauh bila ayah akan pulang. Si kecil tujuh bulan tidak ketahuan gambaran wajah ayah yang kesamaran.
Setibanya aku dirumah keluarga beliau, dimuka laman seorang pakcik senyum pahit menyambut tetamu. Terharu ramai yang datang lantas pakcik mengukir senyuman terima kasih, namun manis senyumnya larut oleh pahit kecewa.
Aku dan para tamu yang duduk diruang anjung mula membariskan Yassin. Dikepalai seorang ustaz kami bertahlil. Doa ustaz menyayat hati. Ramai yang tunduk insaf. Pakcik kulihat berhujan air mata.
Tamu yang datang, masing masing tidak lepas peluang bertahlil ringkas. Mungkin perpisahan begini beri peluang yang jarang mengaji untuk menyelak helaian Yassin. Majlis tergempar ini menemukan yang lama tidak bersua untuk kembali berbicara. Mungkin rasanya agak kekok tetapi pertemuannya penuh emosi. Dalam suasana begini kita mengelak sengketa dan ada dosa yang mintak diampun.
Suasana murung ini menyebabkan aku insaf. Wajah yang datang penuh keikhlasan. Keaadaan begini kita tidak fikir hendak menunjuk dan tidak heran apa yang kurang. Sewaktu solat jenazah ramai yang berpusu. Doanya paling ikhlas untuk si jenazah. Selesai solat kami bergilir menjenguk wajah jenazah buat kali terakhir. Kali ini disambilkan dengan berdoa. Wajahnya yang tidak sekacak selalu, sembab dek bengkak kemalangan, kelihatan tenang menerima takdirnya.
Ramai yang ikut ke kuburan, tetapi aku arahkan langkahku pulang kerumah. Perjalananku ditemani kenanganku bersama si mati. Bagai putaran wayang gambar yang pantas dan ringkas. Ada cerita yang tersenyum dan ada juga yang tidak. Pastinya doaku yang baik-baik untuknya.
Sampai dirumah aku bertanya sendiri, “Bagaimana hari perpisahan terakhirku nanti? Siapa yang akan aku tingggalkan? Bagaimana mereka? Siapa yang akan datang majlisku nanti? Ramai ke? Berdoa? Apa kenangan mereka bersamaku? Baik ke?”
Aku renung lama bumbung rumahku.

Wednesday, February 4, 2009

Rajuk

Orang kita suka merajuk
Kalau merajuk mintak dipujuk

Kalau dipujuk masih merajuk
Tandanya mintak dipujuk-pujuk

Merajuk tak senang dipujuk
Muka murung si burung jampuk

Memujuk biar nampak kemaruk
Kalau singa jadi beruk

Merajuk bukannya teruk
Sekadar meluah hati yang remuk

Sunday, January 11, 2009

tree

I am a big fan of trees. I always stop and and admire when i see one. It does not happen like i was born to be that way. It is because i was enrolled to it by the two most significant men in my life. Not like they both sat down and gave me a speech about it. It happened in two separate time and occasion. So incidentally they talked about the same thing but from two different angles about "Grow like a tree".

One said, grow big and strong so that others can find shades under you. Another said, grow like a tree that the older you are, the stronger will be and wiser you become.

I do not know what kind of tree both of them have in mind. The one that i have in mine is a big green tree with lots of leaves. The trunk is so huge like the largest log you can imagine. I can see it from miles away. It stands out above others.

When you look at it, it reminds you the greatness of God. You will be drawn to it. It gives you the sense of peace and security.

Tell me if you find one.

Beautiful

"Beauty is in the eyes of the beholder." Whose eyes are you standing for? From what angle is that person looking at you? How do you know that it is the right angle? You would say, i ask that person: "How do i look to you?". My friend, i tell you the answer is depending on how sincere is that person toward you. Which that depends on the relationship you have with him/her.
Many times when they say you look just perfect, but they still find others beautiful. So, does that person not sincere or you just not beautiful enough. May be the standards have just risen. Since when? Time does matter, but how do we know? Keep up to the trend?
Or may be it is not even the issue of beauty?

POWER

Every one is exposed to a certain degree of chaos, but with God given power we are in control of every thing around us including the weather.

Thursday, January 1, 2009

Melangkah ke muka pintu

Melangkah ke muka pintu
Tapak yang makin hampir
Ada cahaya di ruang laman

Di setiap langkah itu
Aku lewati dindingnya
Ada perkara yang terlukis

Selangkah lagi
Aku lewati langit-langitnya
Ada benda yang tergantung

Melangkah lagi
Aku lewati lantainya
Ada peristiwa yang berselerak

Melangkah ke muka pintu
Ada banyak yang berlaku
Ada yang tertawa...jua bertangis

Melangkah ke muka pintu
Senyuman jadi kenangan
Sebak... sejarah berkekalan

Melangkah ke muka pintu
Ada banyak yang selesai
Tak kurang jua yang terbengkalai

Melangkah ke muka pintu
Cahaya laman penuh harapan
Yang keruh...biar jernih...