Hari itu aku teman kawan beli hadiah harijadi untuk anak kawannya. Satu gerakkan yang menyentuh perasaan. Walaupun anak kepada orang lain dia dengan bersungguh memilih hadiah dan dengan bangga membuat bayaran.
Kelahiran memang menyentuh perasaan. Tidak kira anak siapa pun kita akan tumpang gembira. Gembira menyambut satu jasad baru yang bernyawa. Kita raikan dengan penuh kebahagian.
Mengapa kita begitu ya? Adakah kita bangga kerana ia membuktikan kita mampu melahirkan? Adakah kita seronok melihat satu jasad bernyawa yang comel? Adakah ianya melengkapkan kitaran kehidupan kita? Adakah kerana kita berjaya membawa jasad ke dunia yang indah?
Apekata kita lihat sekitar kita dan merenung kehidupan. Dunia hari ini makin mencabar. Kalau dahulu SPM sudah cukup menjamin tetapi sekarang ijazah pun masih belum tentu. Kalau dahulu ayah pulang pukul 5.30pm tetapi sekarang 10pm. Silap-silap mak pun tidak pulang-pulang. Nyatanya hidup ini indah khabar dari rupa.
Jadi apa yang kita sibuk raikan ini? Adakah kita meraikan seorang lagi ahli baru untuk menyertai kita?
Jangan tersalah tanggapan saya juga meraikannya. Cuma masih bertanya mengapa?
Monday, August 17, 2009
Thursday, August 13, 2009
my number 1
Selamat hari lahir
Seutas jam tangan
Buat tanda ingatan
Agar jadi kenangan
Bukan jenama atau harganya
Tapi makna bersamanya
Saat dunia mengucap salam
Saat tangismu menyapa alam
Saat tawamu menyahut hidup
Saat itulah cinta bersemi
Semoga kau dewasa
Semoga kau menginsan
Semoga kau berbakti
Biar direstui illahi
Selamat hari lahir
You my Number 1.
Seutas jam tangan
Buat tanda ingatan
Agar jadi kenangan
Bukan jenama atau harganya
Tapi makna bersamanya
Saat dunia mengucap salam
Saat tangismu menyapa alam
Saat tawamu menyahut hidup
Saat itulah cinta bersemi
Semoga kau dewasa
Semoga kau menginsan
Semoga kau berbakti
Biar direstui illahi
Selamat hari lahir
You my Number 1.
Wednesday, August 5, 2009
Kita sibuk bergaduh
Kita sibuk bergaduh
Orang lain yang mengaut untung
Apa tidak puas dengan yang ada?
Atau yang ada sudah terlampau banyak sampai hendak diberi kepada orang?
Duduk ditepi jalan minta dipukul
Menyalak suara anjing tetapi mengata orang anjing
Atau sememangnya sudah terjadinya begitu
Asal melawan sudah
Sebabnya tidak penting, janji lawan!
Sukakah melihat orang memerintah?
Bila sudah ditindas, baru hendak sedar
Lantas 13 May berulang lagi
Mahu dicuba darah memercik
Mahu dicuba mayat bergelimpangan
Anak tidak bersekolah
Dapur berasap kosong
Kita memang berani mencuba
Cubalah yang berfaedah
Orang lain yang mengaut untung
Apa tidak puas dengan yang ada?
Atau yang ada sudah terlampau banyak sampai hendak diberi kepada orang?
Duduk ditepi jalan minta dipukul
Menyalak suara anjing tetapi mengata orang anjing
Atau sememangnya sudah terjadinya begitu
Asal melawan sudah
Sebabnya tidak penting, janji lawan!
Sukakah melihat orang memerintah?
Bila sudah ditindas, baru hendak sedar
Lantas 13 May berulang lagi
Mahu dicuba darah memercik
Mahu dicuba mayat bergelimpangan
Anak tidak bersekolah
Dapur berasap kosong
Kita memang berani mencuba
Cubalah yang berfaedah
hasil seni
Apalah ertinya kalau setakat dipuja cantiknya. Warna yang terang atau ayat-ayat indah kalau hanya sekadar perhiasan, maka sia-sia sahaja penat lelah penghasilnya membanting tenaga dan menghempas minda.
Biarlah hasil seni memberi makna yang meninggalkan kesan. Ia memberi faedah kepada individu yang melihatnya. Bukan sekadar halua mata.
Biar ada makna yang menggerak minda lantas menggerak usaha.
Biarlah hasil seni memberi makna yang meninggalkan kesan. Ia memberi faedah kepada individu yang melihatnya. Bukan sekadar halua mata.
Biar ada makna yang menggerak minda lantas menggerak usaha.
Subscribe to:
Posts (Atom)