Monday, August 17, 2009

Gembiranya kelahiran?

Hari itu aku teman kawan beli hadiah harijadi untuk anak kawannya. Satu gerakkan yang menyentuh perasaan. Walaupun anak kepada orang lain dia dengan bersungguh memilih hadiah dan dengan bangga membuat bayaran.
Kelahiran memang menyentuh perasaan. Tidak kira anak siapa pun kita akan tumpang gembira. Gembira menyambut satu jasad baru yang bernyawa. Kita raikan dengan penuh kebahagian.
Mengapa kita begitu ya? Adakah kita bangga kerana ia membuktikan kita mampu melahirkan? Adakah kita seronok melihat satu jasad bernyawa yang comel? Adakah ianya melengkapkan kitaran kehidupan kita? Adakah kerana kita berjaya membawa jasad ke dunia yang indah?
Apekata kita lihat sekitar kita dan merenung kehidupan. Dunia hari ini makin mencabar. Kalau dahulu SPM sudah cukup menjamin tetapi sekarang ijazah pun masih belum tentu. Kalau dahulu ayah pulang pukul 5.30pm tetapi sekarang 10pm. Silap-silap mak pun tidak pulang-pulang. Nyatanya hidup ini indah khabar dari rupa.
Jadi apa yang kita sibuk raikan ini? Adakah kita meraikan seorang lagi ahli baru untuk menyertai kita?
Jangan tersalah tanggapan saya juga meraikannya. Cuma masih bertanya mengapa?

No comments:

Post a Comment