Wednesday, August 5, 2009

Kita sibuk bergaduh

Kita sibuk bergaduh
Orang lain yang mengaut untung

Apa tidak puas dengan yang ada?
Atau yang ada sudah terlampau banyak sampai hendak diberi kepada orang?

Duduk ditepi jalan minta dipukul
Menyalak suara anjing tetapi mengata orang anjing

Atau sememangnya sudah terjadinya begitu
Asal melawan sudah
Sebabnya tidak penting, janji lawan!

Sukakah melihat orang memerintah?
Bila sudah ditindas, baru hendak sedar
Lantas 13 May berulang lagi

Mahu dicuba darah memercik
Mahu dicuba mayat bergelimpangan
Anak tidak bersekolah
Dapur berasap kosong

Kita memang berani mencuba
Cubalah yang berfaedah

No comments:

Post a Comment