Wednesday, September 16, 2009

Antara

Penghujung Ramadhan

Rasanya baru semalam bersua
Hari ini sudah mula melambai salam

Masih ade yang belum bicara
Masih ada hutang yang belum selesai
Masih ada dosa yang belum terampun
Masih ada pesan belum terucap

Pantas hari berganti
Sesak bersusun agenda
Asyik leka perkara asing
Ah…dulu pun begitu

Rasa mahu mintak ditangguh
Malang, saat tidak tahu berhenti

Tidak seberapa baki yang tinggal
Alang diguna sesempat mungkin

Oh...Ramadhan


Antara



Menjelang Syawal

Lama sudah tak bersua
Rindunya rasa tak terhingga
Bagai bergumpal talian jiwa
Harap terungkai simpulan rasa

Masih teringat kenangan lalu
Bagai semalam baru berlaku
Senyuman riang mengubat rindu
Cahaya indah berlagu syahdu

Tak sabar rasa menunggu hari
Bilakah saat kita bersua lagi
Akan kususun hati nurani
Buat hamparan suci murni

Syawal, kuhitung setiap saat
Moga hadirmu membawa berkat

No comments:

Post a Comment