Berkelip-kelip si lampu pelita
Buat ceria dimalam raya
Sebulan sudah kita berpuasa
Kini menjelma hari bahagia
Si lampu raya berbagai warna
Terang benderang ruangan laman
Selamat berraya berbagai rencana
Selang melawat rakan dan teman
Bunga api menyala-nlaya
Lampu pelita dibuat punca
Alang sempatan masa bersua
Mohan diampun segala dosa
Malam ceria bebunga api dan lampu raya
Ucapan selamat hari raya dari hati untuk semua….
Sunday, September 19, 2010
Serai wangi raya
Serai wangi dilaman pak uda
Subur merumpun tergesa-gesa
Sebulan lama kita berpada
Menyahut seru yang maha Esa
Serai wangi dipetik dara
Di pinggir laman subur tumbuhnya
Berpada kita bukan sekadar budi bicara
Semoga berkat mendapat redhaNya
Serai wangi harum baunya
Buat hiasan hidangan berbuka
Hari bahagia menjelang tibanya
Tangan terhulur beseri muka
Serai wangi segar memekar wajah ceria
Semoga indah hari mulia…Selamat hari raya.

Tuesday, February 2, 2010
my fairwel notes: Ruang
Ruang
Di ruang ini bertemu kita
Di ruang masa
Di ruang suasana
Di ketika itu kita bersua
Kita juga bicara
Kita juga ketawa
Di ruang itu jua kita menangis sama
Ruang sempit itu banyak yang berlaku
Ia menjadi lipatan dalam kenanganku
Terima kasih atas pengajaranmu
Terhutang kasih tak berbayarku
Minta di halal mana yang kurang itu
Ruang ini yang sementara
Bisa ia berubah mengikut masa
Namun sendiwaranya kan jadi lagenda
Buat cerita di hari muka
Kelak bertemu di lain ketika
Ruang yang ditinggal ini
Bukan bermakna ahiratnya lagi
Doanya semoga bertemu di ruang yang mendatang ……

Tuesday, January 19, 2010
Rahsia
Ini sudah kali yang keberapa entah saya cuba hendak mulakan bicara tentang rahsia. Apakah ketegorinya? Perkarakah atau bendakah atau ia diketegorikan sebagai sesuatu? Sesuatu pun sukar juga kerana ia mungkin benda atau perkara. Biarlah, itu bukan pokok perbincangan kali ini.
Rahsia adalah sesuatu (kira bolehlah nih) yang sering menjadi isu kepada semua. Semua orang ada rahsia, atau sekurang-kurangnya mahu orang lain beranggapan dia mempunyai rahsia. Ada rahsia atau jika mengetahui rahsia, akan menjadikan diri istemewa atau lain dari orang lain.
Bila kita bicara tentang seorang yang ada rahsia, secara semulajadinya dia akan menjadi misteri. Seakan satu lagenda yang istemewa. Dunia hari ini sering mengaitkan misteri dengan seksi. Tarikan seksual yang luar biasa katanya, sukar dijelaskan dengan kata-kata.
Dalam senario yang lain pula, rahsia seakan memberi satu kuasa kepada diri yang mengetahui rahsia itu. Orang yang mahu rahsianya disimpan akan terpaksa akur kepada orang yang mengetahuinya. Dua tiga hari kebelakangan ini kita lihat ramai yang tampil dan mengakui sendiri rahsia mereka. Tindakan ini dilihat sebagai bijak dan telus. Walaupun buruk rahsianya tetapi masyarakat hari ini lebih menerima.
Rahsia adalah rahsia bila ia tidak diketahui umum atau orang tertentu yang mendatangkan akibat oleh rahsia itu. Biasanya akibat buruk. Namun ada di antara kita yang tidak dapat menyimpan rahsia dengan baik. Bila diberi tahu rahsia, dia tidak dapat menyimpan lama rahsia tersebut. Dia mesti hendak berkongsi rahsia itu dengan orang lain. Katanya orang yang dikongsi rahsia itu orang boleh dipercayai. Kononnye orang tersebut tidak akan bercerita dengan orang lain. Malangnya itulah permulaan kebocoran rahsia itu. Persoalannya kembali kepada ayat pembuka perenggan ini, iaitu rahsia itu rahsia bila tidak diketahui oleh orang lain.
Antara sebab seseorang itu membocorkan rahsia ialah untuk memberitahu orang lain yang dia tahu rahsia itu. Ini secara langsung menaikkan statusnya sebagai orang istemewa dikalangan orang biasa. Ia juga semacam satu pengiktirafan hubungan istemewa antara si rahsia dengan beliau atau antara yang si diberitahu dengan beliau.
Pada saya rahsia kalau diketahui orang bukanlah lagi rahsia. Bila sudah diberi tahu tentang sesuatu itu adalah rahsia maka ia amanah kepada kita untuk menyimpannya. Walaupun atas apa alasan sekali pun ia bukanlah hak kita untuk memberitahu orang lain berkenaan rahsia tersebut.

Subscribe to:
Posts (Atom)