Tuesday, January 19, 2010

Rahsia

Ini sudah kali yang keberapa entah saya cuba hendak mulakan bicara tentang rahsia. Apakah ketegorinya? Perkarakah atau bendakah atau ia diketegorikan sebagai sesuatu? Sesuatu pun sukar juga kerana ia mungkin benda atau perkara. Biarlah, itu bukan pokok perbincangan kali ini.
Rahsia adalah sesuatu (kira bolehlah nih) yang sering menjadi isu kepada semua. Semua orang ada rahsia, atau sekurang-kurangnya mahu orang lain beranggapan dia mempunyai rahsia. Ada rahsia atau jika mengetahui rahsia, akan menjadikan diri istemewa atau lain dari orang lain.
Bila kita bicara tentang seorang yang ada rahsia, secara semulajadinya dia akan menjadi misteri. Seakan satu lagenda yang istemewa. Dunia hari ini sering mengaitkan misteri dengan seksi. Tarikan seksual yang luar biasa katanya, sukar dijelaskan dengan kata-kata.
Dalam senario yang lain pula, rahsia seakan memberi satu kuasa kepada diri yang mengetahui rahsia itu. Orang yang mahu rahsianya disimpan akan terpaksa akur kepada orang yang mengetahuinya. Dua tiga hari kebelakangan ini kita lihat ramai yang tampil dan mengakui sendiri rahsia mereka. Tindakan ini dilihat sebagai bijak dan telus. Walaupun buruk rahsianya tetapi masyarakat hari ini lebih menerima.
Rahsia adalah rahsia bila ia tidak diketahui umum atau orang tertentu yang mendatangkan akibat oleh rahsia itu. Biasanya akibat buruk. Namun ada di antara kita yang tidak dapat menyimpan rahsia dengan baik. Bila diberi tahu rahsia, dia tidak dapat menyimpan lama rahsia tersebut. Dia mesti hendak berkongsi rahsia itu dengan orang lain. Katanya orang yang dikongsi rahsia itu orang boleh dipercayai. Kononnye orang tersebut tidak akan bercerita dengan orang lain. Malangnya itulah permulaan kebocoran rahsia itu. Persoalannya kembali kepada ayat pembuka perenggan ini, iaitu rahsia itu rahsia bila tidak diketahui oleh orang lain.
Antara sebab seseorang itu membocorkan rahsia ialah untuk memberitahu orang lain yang dia tahu rahsia itu. Ini secara langsung menaikkan statusnya sebagai orang istemewa dikalangan orang biasa. Ia juga semacam satu pengiktirafan hubungan istemewa antara si rahsia dengan beliau atau antara yang si diberitahu dengan beliau.
Pada saya rahsia kalau diketahui orang bukanlah lagi rahsia. Bila sudah diberi tahu tentang sesuatu itu adalah rahsia maka ia amanah kepada kita untuk menyimpannya. Walaupun atas apa alasan sekali pun ia bukanlah hak kita untuk memberitahu orang lain berkenaan rahsia tersebut.

No comments:

Post a Comment